Subhanallah! Pokok ni dulu rajin berbunga, tapi merajuk lepas diikat semula sebab kayu asalnya dah reput. Sekarang, dah mula berbunga semula..syukur...
Subhanallah! Menjadi jugak sp dendro ni. Aku pernah putus asa nak main sp, tapi disebabkan beberapa sp ni menjadik, aku tambah ler lagi sikit2 koleksi dendro ni. Alhamdulillah berhasil..anosmum jer yang mengada2..
Subhanallah! Sp ni adalah hadiah daripada seorang rakan fb/orkid di Melaka beberapa bulan yang lalu. Tak sangka, cepat betul dia selesa di rumah baru apatah lagi berbunga..istimewanya ni adalah sp pertama Trichoglottis aku yang berbunga dan hidup. Alhamdulillah..terima aksih bebanyak Mis..
Subhanallah! Memang berbaloi bela sp ni. Sepanjang pengalaman bela dia ni, pasti akan berbunga apabila fan nya matang. Walaupun sekuntum, tapi sudah memadai..masyaallah
Subhanallah! Cepat betul sp ni beradapatasi dengan rumah baru dan dah berbunga pulak tu..alhamdulillah. Sungguhpun bunganya kecil, tapi tangkai boleh mencecah sehingga 50cm panjang, dan boleh mengeluarkan banyak tangkai lagi..
Subhanallah! Teknik percikan api ni menjadi selepas kali ketiga dicuba. Terima kasih kepada isteri tersayang yang memberi dorongan dan bantuan dalam proses ini.
Subhanallah! Ingat nak ambil gambar Sabtu malam, tp tempat ni memang sesak dengan orang dan traffic jam lagi. Jadi, tembak hari Ahad malam jer..gambar ditembak dari sebelah Muzium Negeri.
Subhanallah! Cuma 1 gambar ajer yg rasanya nampak cantik untuk diblogkan. Pemandangan Sg Melaka pd pukul 11 malam, selepas tamat perkhidmatan bot pelancong
Subhanallah! Makin lama makin seronok pula bermain teknik ni. Xperimen kali ni dibuat di dalam bilik yang gelap pada siang hari. Cuma guna lampu suluh ajer untuk menghasilkan light trail ni..masyaallah
Subhanallah! Bunga sp ni cantik tapi pelik sebab bunganya selalu menunduk ke bawah - susah sikit nak ambil gambar. Berpusing2 dibuatnya. Mudah dibela dan mudah berbunga. Satu lagi jenis sequential bloomer. Pernah sekali keluar sehingga 10 spike - syukur alhamdulillah..